Saturday, September 26, 2009
Selamat Hari Raya!~
Selamat Hari Raya Aidilfitri kuucapkan kepada semua! nak sebut nama sorng2 kang tak muat plak...nk sebut name2 grup pon kang cam x bes juge...
Raya tahun ni adelah raya terakhir aku sebagai seorng yg berstatus bujang! raya thn depan insyaAllah aku akan beraya sebagai seorang 'lelaki org'....kalo ade rezeki sebagai seorng bapa....(hehehehhehee....malu2...)
mcm biasa....setiap kali aku balik kg aku mmg kurang amik gamba....aku lebih terhibur mendengar perbualan telatah dan ragam pak2 sedara ku yg mmg pantang bertemu.....pecah rumah dibuatnye nak gelak je memanjang....kang tgh2 sembang tu terbit pulak cahaya flash melatah plak derang kan......so adelah sesikit gamba yg aku sempat petik....
tgk lerr wajah2 pak sedara aku nih...dr kiri adelah pakcik aku (adik beradik ke 7 ayahku)...diikuti dgn ayahku yg tercinta (adik beradik ke 2)...di tgh2 adelah satu2nye nenek ku yg tinggal....name panggilan....makwe....chewahhh....diseblahnye plak tu adelah paklang aku (adik beradik ke 6 ayahku) dan diikuti dgn paksu aku (adik beradik ke 8/bongsu ayahku)
gamba anak2 lelaki makwe aku je ade.....anak2 perempuan sme lom sampai lagi sebab beraya umah mertua mereka masing2.....pak2 sedara aku ni sme sgt2 berjasa pade aku......
pakcik aku rumahnye menjadi tempat tinggal aku mase aku praktikal 8 bulan n keje 2 bulan di melaka....paklang aku rumahnye menjadi tempat persinggahan aku kalo blk ke kg n tempat 'bersanggah' org ckp....paksu aku plak di perak....so 5 thn aku belajar di perak dia la yg selalu ade kalo aku ade ape2 prob....mase kete aku eksiden dulu....mase lepas abis belajar aku join die berbisnes kejap...ade la sesikit selok belok bisnes dia ajar....
akhir kata......maaf zahir dan batin~
Thursday, September 10, 2009
Peringatan untuk lelaki & wanita..
LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang
ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak
menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, tetapi
perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala
BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh
membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan
pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu
tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang
daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung
(ikut kajian lah..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu
keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka
kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat
kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.Talak terletak di tangan suami dan
bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada
lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan
selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah
bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat
kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita
menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu
diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya
untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan
oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika
kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di
akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya,
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu
Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta
menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi
ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA
mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan
HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing-masing lelaki dan wanita dapat
pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNya.
ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya
hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab
nikmatNya.(Ali- Imran:103)
Tuesday, September 1, 2009
Hepi Graduation!
cik syahirah ni adik kepade client aku dulu pn salwa...dulu2 aku amik gamba kakaknye bertunang n majlis perkahwinan kakaknye pon aku amik jugak....alhamdulillah mak ayah mereka memberi kepercayaan pade aku lagi utk merakamkan serba sikit majlis convocation anak kedua mereka cik syahirah ni...bkn majlis perkahwinan...bkn majlis pertunangan...tp majlis konvokasi! satu experience br bg aku....siap dpt seat VIP lagi tuh! wah wah~