LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang
ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak
menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, tetapi
perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala
BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh
membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan
pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu
tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang
daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung
(ikut kajian lah..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu
keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka
kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat
kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.Talak terletak di tangan suami dan
bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada
lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan
selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah
bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat
kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita
menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu
diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya
untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan
oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika
kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di
akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya,
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu
Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta
menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi
ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA
mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan
HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing-masing lelaki dan wanita dapat
pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNya.
ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya
hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab
nikmatNya.(Ali- Imran:103)
No comments:
Post a Comment